Monday, February 21, 2011

En.Isa??

sebut saja en.isa sumua org kenal dekat kolej aku,sebab dia yang handle sumua benda pasal hal ehwal pelajar nie..tadi  lepas kelas BBAS,aku pegi tingkat 11 dengan member aku ghazali..sign attendace kejap.lepas tu aku turun ke tingkat 4 nk ambik card matrix,masa kami sampai dekat depan kaunter tu ghazali member aku ni bagi salam then dia tunjuk dekat aku.en.isa datang dekat kitorang lepas tu dia terus marah ghazali dia ckap ''sekarang sapa yang ada urusan awak ke dia?tanya en.isa kepada ghazali.''dia en.isa''kata ghazali,''so kenapa kamu yang cakap dia tak ada mulut ke?''dengan nada yang langsi..tanpa menjawab salam yang di beri oleh ghazali..
kesian ghazali dia yang kena marah..sory la bro..en.isa tu memang macam tu angin satu badan..haha..rilex jer dia memang biadab dari dulu lagi..hahha..ermm..aku belum sempat cakap apa2 en.isa dah bersuara..dah la salam tak jawab..aku rasa aku mcm timun jeruk duduk dekat situ..haha...
stress2..istighfar banyak2 jela kalau jumpa dengan en.isa nie.dia memang xmakan saman org nye..haha..en.isa....en.isa....sebab kamu semua org tension..haish..!!

Sunday, February 20, 2011

simple info:

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh...

belakang?

haha..nk kutuk depan2 la..kutuk blakang apa ada?time jumpa senyap..bila aku xder ko kutuk aku bagai nk rak..haha..lucu pon ada kadang2 bila kita tau and kenal org mcm tu kan?si hamba Allah ni tak puas hati lagi dengan aku agaknya..haha sume benda pasal aku die  nk busy body(stalker)haha..kalau nk kutu berdepan la lagi bagus kurang2nya ringan sikit beban ko.haha..kalau ko kutok aku blakang2 mana la aku tau..ko lagi sakit hati..haha..STUPID la ko an??haha..Loser.kikihkih..haha..ko ie..memang la..hahha..depan perempuan bukan men lagi ko punye poyo...tapi nk cakap apa yang ko tak puas hati dengan aku pon ko takut..haha..loser la ko...org mcm ko baik dok dalam gua..malu oo..haha


aku ada buat baju untuk ko nie..hahaha..





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

aku layan benda nie sekarang..

rumahku syurga ku?

ramai org ckap rumahku syurgaku..betol ke?saya mcm x rasa mcm tu..sbb banyak problem berpuncanya dari rumah..tak tahu la..mybe ada rumah yang boleh dikatakan rumahku syurga ku..tapi aku jarang la rasa mcm tu..sebab bila balik rumah jer..banyak problem..huhu..tp bukan besar mana pon problem tu..tp rasa mcm..hurm..bukan nk cerita masalah ke apa..cuma mahu luahkan pertayaan yang dah lama terbuku ni..hahaha.
ayat mcm apa tah!..
erm..jenis aku,aku lebih suka keluar rumah dari balik ke rumah..bukan sebab keluar rumah boleh buat apa2 yang kita nak.tp bila aku keluar rumah.hang out dengan member2 yang masuk air..masalah tu jadi hilang..
sebab dekat rumah kita tak boleh nk cerita and luah kan problem kita dengan family kita..sebab perasaan tu berbeza..huhu..sebab aku lebih selesa cerita masalah aku kepada member2 aku..sebab dorang la yang buatkan aku boleh stand sambai hari nie..kalau tak ada dorang.tak tahu la apa yang jadi dengan aku.thanks KHAUSAR@MAT,ACAP BENTONG,DANE,TONNY JATT,AZFAR,APEX..
tp kebelakangan nie.jarang la aku lepak dengan dorang sebab sekrang aku asyik lepak dengan abg2 majlis aku..haha..bila duduk sembang dengan dorang rasa mcm happy semacam..haha..bila gelak dengan dorang memang dah tak pandang kiri-kanan dah..hahaha..

Saturday, February 19, 2011

kutu rayau..

erm..semalam aku kuar pkul 8pm then pukul 8a.m pagi tadi baru balik..nk buat mcm mana ikut je la dorang..
tapi seriously best la..ramai yang lepak semalam dari kg baru sampai la putrajaya dengan otai2 majlis aku..
dekat dengan 3 biji kedai juga lah kitorang lepak..kedai kg baru..kedai mamak putrajaya..then dekat ipb..
hhaha..rasa mcm kutu rayau haha...tapi best la jugak kuar dengan otai2 nie..leh timba2 ilmu sikit..
dan dorang2 sume sempoi esspecially abg long jebat,panglima jepun,abg long firman..ramai lagi la..
dorang memang sempoi..semenjsk msuk majlis nie aku rasa happy sangat sebab,boleh merasa kasih sayang abg tu..huhu..tpdorang nie memang tegas dalam majlis..kalau luar majlis dah rasa mcm abg kandung aku dah..memang best la...thanks abg2..

Lc cover set fiat & yamaha white blue..

minggu lepas aku tukar motor dengan my uncle,dia guna Fz aku then aku guna Lc die..
2-3 hari aku bawak Lc dia rasa mcm best jer..
then balik2 die dah buat mcm2 dah dekat Fz aku..
lawa jugak aku tgk..haha
then aku ckap dekat dia aku nk tukar cover set motor dia..
dia bg ''Green Light'' so kira okay la tu..
Lc dia guna coverset original warba gold..Lc first model..
huhu..aku ingat start bulan nie nk kumpul duit nk bikin sikit motor dia bg ada ''ummpph''..hhaaha
nk tukar coverset FiatYamaha yang warna biru campur putih tu..lawa siott..
btw thanks to my uncle sbb sanggup tukar motor dengan aku..=)

Thursday, February 17, 2011

sony ericsons VIVAz

rasa mcm nk pakai hp baru la..tp nk tukar taste la plak rasa mcm nk pakai sony vivaz sebab mcm best and style gak pakai hp tu..sebab ramai member2 ckap style pakai hp tu..tp hp touch screen ni aku kureng siket sebab susah bila nk texting huhu...sbb dah penah pakai hp touch screen tapi nokia la..huhu..memang cukup susah bila nk texting..huuhu..tp rasa mcm nk try la pakai sony vivaz tu sangat2..

HP hilang...

nk marah betol la..semalam hp aku hilang..padahal hp cikai jer..sanggup nk curi tu..
kalau curi hp jer xpe la..ni curi sekali dengan SIM CARD..sim card tu dah la aku sayang S.O.X tu..aduyai..
geramnye...
semalam aku tido dekat hostel..
kelas pukul 10.30a.m
tapi masa pukul 9.00a.m tu ada lagi..so aku tdo la..tup..tup..time aku bangun pukul 10.30 tu dah hilang..haish geram betol la..
maybe xder rezeki kot??so aku redha jela walaupun dalam hati nie mcm nk bg penyepak jer dekat org yang ambik tu..xpe la..biar tuhan saja yang balas..AMIN..moga2 di bukakan pintu hati si pencuri tu insaf la..

Wednesday, February 16, 2011

kembali berblogie

dah lama tak tengok update benda nie..
haha..ingat nak leave aja benda nie tp..
tgk kawan2 semua kusyuk berblogie..
rasa mcm nk continue career lak..haha
mcm mana tu ea??..
mcm2 perkara berlaku kebelakangan nie..
gumbira ada sedih pon ada..
ermm.. =(